Hidup

ditulis oleh Si Buta


Mekar dan megah warna mu hijau,
Pada awal hidupmu,
Engkaulah menjadi peredup terik,
Engkaulah hebat..

Sewaktu zaman kemegahan kau,
Kau berdiri gah berpaut pada yang asal,
Engkau hebat..
Semua yang hidup pasti mati,
Begitu juga kau,
Engkau sudah tiba di penghujungnya,
Waktu kau untuk dipecat dari bekerja..

‘phiuuhhh…’
Gugurlah engkau menyembah bumi,
Kau tersadai, dipijak di atas tanah yang kering,
Kau terbang ditiup angin,
Tanpa hala yang pasti..

Kini kau hanyalah sebagai daun kering yang dulunya hijau,
Sekarang kau coklat..

HIDUP PASTI MATI..
IBADAH?

rejuvenasi ruang pembelajaran di Institusi pengajian

An Nasaie                                                                                                                 pelajar tahun tiga Seni bina UTM.                                                                                                              

“We believe in an education that is more than a classroom, a pencil, and a piece of paper. It’s more than knowledge and good test results. It’s even more than literacy”

-hope of the nation

 

Suka saya menggunakan pendekataan pembelajaran bukan hanya letakknya di ruangan bilik darjah seperti yang sedang berlaku kini. Seorang pelajar universiti, penulis sedar yang ruang ilmu hanya difokuskan diantara LCD projector, pensyarah, papan putih dan siswa dan ilmu hanya berlangsung berbataskan dinding-dinding yang melingkari ruang.

Kuliah & exam-oriented

Memang tidak dinafikan pendidikan di Malaysia baik diperingkat rendah, menengah atau diperingkat tertinggi terlalu berorientasikan intelektual yang mediumnya ialah sistem subjek pelajaran ataupun kuliah. Ini dapat dilihat bagaimana sistem kuliah yang panjang dan kadang membosankan dan berlegar hanya didalam kelas atau dewan kuliah menyebabkan fokus pelajar untuk berinteraksi dengan ‘dunia’ luar sangat kecil dan sempit. Kuliah oriented ini juga menyebabkan siswa mula meletakkan fokus yang lebih kepada tugasan, kuiz dan ujian yang diberikan pensyarah kerana ini yang menentukan penilaian masa depan mereka.

Sistem kuliah ini juga dapat diumpamakan sebagai ‘bank maklumat’ dimana pelajar sebagai akaun bank untuk disumbatkan maklumat yang di’transfer’kan oleh pensyarah dan ini tidak lebih persis bank atau stor maklumat. Paulo Freire dalam karya ulungnya Pedagogy of Oppressed, menekankan konsep ‘perbankan maklumat’ ialah proses yang tidak patut berlaku dalam suasana pembelajaran dan beliau menekankan soal pendidikan dua hala dimana guru dan pelajar sama-sama belajar diantara satu sama lain.

Artikel ini bukanlah untuk mengkritik atau menghentam sistem pendidikan Malaysia tetapi cuba menawarkan idea dan pandangan tentang ruang dan susunatur dari sudut falsafah seni bina. Disini suka penulis menggunakan Fakulti Alam Bina (FAB) UTM sebagai subjek kritikan kepada idea-idea dalam membentuk ruang pembelajaran yang lebih sofisikated dan fleksibel. FAB juga diambil sebagai fokus memandangkan rupabentuk dan susunatur kelas dan ruang belajar tidak jauh bezanya dengan kelas yang terdapat di sekolah rendah dan menengah.

Sebelum menekankan soal idea, terlebih dahulu ingin saya menjelaskan apa itu rejuvenasi’? Rejuvenasi atau perkataan asalnya rejuvenation yang membawa maksud pembaharuan, mempermuda atau nafas baru. Rejuvenasi yang cuba penulis sampaikan ialah sebagai pembentukan semula nilai dan sosial pelajar yang terlalu fokus kepada keintelektualan (pencapaian akademik) sehingga mengambil ringan soal nilai jasmani ( pencapaian fizikal,sukan), rohani (pencapaian spiritual dan aplikasi) serta sosial (pencapaian individu terhadap masyarakat) (Anas:2013)

Pembentukkan taman

Dr. Nur Azura Muhamad Diah, ketua jabatan Sosialogi dan Antopologi UIAM menyatakan pengsejahteraan alam dan sosial budaya boleh dicapai melalui pembentukkan taman dimana taman dapat membentuk sosio-budaya serta nilai-nilai murni yang baik. Menurut beliau lagi taman dan manusia adalah sebuah simbiosis atau gabungan yang baik dimana proses pembentukkan manusia itu sendiri dijadikan dari unsur utama alam iaitu tanah (surah Thaha 20:55).

Secara emperikal, proses pembentukkan sosial-budaya melalui medium taman juga dapat dilihat melalui kajian sejarah pemewujudan taman pada susunatur rumah melayu tradisional dimana taman atau ruang lapang pada bahagian hadapan rumah yang menjadi sebahagian tradisi budaya melayu yang suka berkumpul dan melakukan aktiviti bersama seperti majlis kenduri, upacara korban dan bermain untuk kanak-kanak sebagai satu kaedah merapatkan hubungan dan membentuk sosio-budaya yang baik.

Melalui teori ini, penulis berpandangan perlunya taman sebagai satu kaedah intergrasi pembelajaran yang tidak langsung kepada siswa dan juga pembentukkan sosial dan aktiviti pelajar yang lebih luas dan tidak hanya rigid didalam bilik kuliah. Persoalannya taman yang bagaimana? Di FAB, sudah ada tersedianya banyak taman (courtyard) contohnya seperti FAB Square tetapi sedikit ‘mati’ tanpa disedikan fasiliti yang sepatutnya untuk siswa. Taman tidak hanya berkiblatkan alam dan tumbuh-tumbuhan tetapi ia perlulah disediakan fasiliti-fasiliti yang sesuai dengan kehendak siswa contohnya kerusi, meja dan ruang yang boleh mereka menginterpretasikan idea, pandangan dan luahan mereka. . Penulis tertarik dengan ruangan ‘Artis Corner’ yang terletak di sebuah lorong di Paris dimana disitu dijadikan platform untuk meluahkan idea kesenian seperti berpuisi, bermuzik, melukis dan banyak lagi. Memandangkan FAB adalah fakulti yang fundamental pembelajarannya berlandaskan ‘art’ atau ‘seni’ dimana terdapat kos Arkitektur, Seni bina Landskap, Perancang bandar dan Juru Ukur bahan, ruang sebegini amatlah sesuai untuk siswa bereksperimen dengan dunia mereka sendiri. Pendekatan mungkin berbeza mengikut kos dan fakulti masing-masing tetapi ruang sebegini harus wujud untuk siswa. Mungkin sebelum ini, kita sudah mempunyai ruang ‘speaker corner’ tetapi ia hanya terhad untuk ruang pidato sahaja dan ia sedikit membosankan untuk sesetengah pelajar dan tidak semua siswa mampu mengenegahkan ideanya melalui verbal pidato.

Di Xidan Street, Beijing China suatu masa dahulu terdapat sebuah dinding yang dipanggil ‘democratic wall’ iaitu sebuah dinding yang panjang yang dijadikan tempat luahan idea, kritikan dan pandangan tentang sistem politik dan pemerintahan di negara yang tersohor dengan kegemilangan dinasti. Dari situ, penulis berpandangan sepatutnya diwujudkan ruang-ruang ini dalam pembentukkan kretiviti dan sahsiah pelajar itu sendiri.

susunatur ruang dan kelas dan permasalahan ‘long corridor’

Masih menggunakan konsep taman dimana interpretasi taman yang lebih luas sudut pandangnya iaitu taman dikaitkan dengan ruang rehat atau tempat ‘melepaskan lelah’. Dari situ, perlu diwujudkan ‘break area’ yang diletakkan diantara kelas-kelas dan ruang ini dijadikan sebahagian dari ruang kelas pembelajaran dan perbincangan. Ruangan ini juga mampu membentu garapan sosial yang baik sesama pelajar. Selain itu, Prof. Tajuddin juga mencadangkan diperbanyakkan ‘recreation facilities’ didalam kawasan pembelajaran seperti snooker tables, table tennis dan fasiliti yang menyeronokkan supaya dalam pembentukkan pelajar tidak terlalu stres dengan pembelajaran.

John Ruskin mengariskan didalam tulisannya Seven Lamps of Architecture tentang konsep kesamarataan sosial yang perlu wujud didalam sebuah garapan seni bina. Dari sini betapa perlunya ruang yang sekata dan adil dalam pembentukkan sosial yang seimbang seperti contoh ruang ritual untuk agama masing-masing seperti mana yang juga diperkatakan oleh Prof. Tajuddin Rasdi dalam makalahnya Architecture in the New Malaysian Universiti; “…students who follow a certain religious faith be given the proper facility to pray and concregate in…” . Sebagai sebuah negara yang mempunyai ras yang plural, ruang sebegini perlu dititipberatkan dalam membentuk suasana pembelajaran yang meluas. Setiap agama harus diberi hak untuk ‘menunaikan’ ritual masing-masing dan ini adalah sebahagian dari pembelajaran sosial dan nilai hormat yang perlu disemai dalam nilai sebuah pendidikan.

Selain itu, Ruskin juga menitikberatkan soal idea kebebasan ruang yang sepatutnya berasaskan keperluan. “If they want a window, they opened one; a room, they added one; utterly regardless of any established conventionalities of external appearance..”. Disini penyelesaian terbaik ialah, ruang-ruang kelas sepatutnya bersifat fleksibel dan multi-function dimana dinding kelas tidak bersifat kekal dalam erti kata lain mampu dialih mengikut keperluan dan aktiviti pelajar.

“Long Corridor’ atau korridor yang panjang ialah rekabentuk tipikal untuk institusi pengajian. Koridor panjang diwujudkan sebagai suatu kaedah penyelesaian ruang yang lebih simplistik dan sirkulasi (circulation) yang lebih mudah. Grey Stack dalam artikelnya 10 things in school that should be obsolete mengariskan koridor sepatutnya tidak diperlukan apabila ruang disusun mengikut tempatnya dan kebanyakan koridor tidak mempunyai fungsi yang pelbagai (multi-functions) dan ia merugikan ruang!. Koridor sepatutnya dibina dengan bersahaja dan lebih lebar dan luas untuk membolehkan ruang koridor digunakan untuk siswa duduk, berbincang dan melakukan aktiviti.
siswa dan perubahan

Idea-idea ini bukanlah idea baru tetapi masih kurang diaplikasikan pada instituti pengajian di Malaysia dan dalam memberi nafas baru kepada ruang pembelajaran ini, pelajar haru sedar suatu perkara yang mereka tidak boleh hanya menunggu pihak atasan yang berwajib turun dan mengubah apa yang dicadangkan tapi pada pandangan penulis ia perlu digerakkan oleh pelajar itu sendiri kerana ruang-ruang ini adalah ruang pelajar dan hanya pelajar yang memahami dan pelajar juga perlulah meyakinkan pihak atasan untuk memberi sumbangan dari sudut dana ataupun sokongan moral. Jadi bila kita harus mulakan?

 

 

Rujukan:

  • Reka Bentuk Seni Bina Barat, kurun ke-19:wacan moral, Mohd Tajuddin Rasdi & Rosdan Abdul Manan
  • Architecture Theory & Criticism, Mohd Tajuddin Rasdi
  • Sekolah Bukan Penjara Universiti bukan Kilang, Zul Fikri Zamir
  • Pedagogy of Oppressed, Poulo Freire
  • Astro Awani: Wacana Pengsejahteraan alam dan sosial budaya melalui taman,